Halaman

Ahad, 3 Mac 2013

سم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Doaku kepada wira-wira negara ( Anggota Komando Vat 69 ) serta Ahli keluargaku, Adik-beradikku, ipar-duaiku, sahabat-sahabatku yang bersama dengan diriku dan semua rakyat Malaysia....

AL-FATIHAH.....

Ya Allah dengan kebenaran, rahsia, syafaat, cahaya dan keberkatan Al-Fatihah, tuhan yang melapangkan kedukaan kami dan yang menghilangkan kesedihan kami rakyat Malaysia. Ya Allah , Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang kepada hambanya..Hari-hari yang berlalu, kami muhasabah diri...kami redha dgn kehendakmu Ya Allah, walaupun perit yang teramat....Ya Allah, yang mana tiada tempat lain bagi kami untuk berpegang melainkan Engkau, yang tiada tempat lain bagi kami mengadu melainkan Engkau,

Ya Allah, ya tuhan kami, kekalkanlah nikmat pendengaran kami, nikmat penglihatan kami dan kekuatan kami selama Engkau menghidupkan kami dan jadikanlah semuanya itu sebagai waris daripada kami, berilah kami kekuatan untuk menangkis sesiapa yang memusuhi kami, berilah kami pertolongan terhadap seseiapa yang memusuhi kami dan janganlah Engkau timpakan maksiat atas agama dan negara kami. Janganlah jadikan dunia kemuncak yang dituntut oleh mereka dan segala yang dicari dari dalam pengetahuan kami dan jangan sampai Engkau biarkan orang yang jahat yang tidak mempunyai belas kasihan menguasai diri kami....

Ya Allah, kurniakan kami hidayah bersama-sama orang yang Engkau kurniakan hidayah, sihatkanlah kami bersama orang yang Engkau sihatkan, pimpinlah kami bersama orang yang Engkau pimpin, berkatilah kami bersama orang yg Engkau berkati, lindungiilah kami dari bencana-bencana yang Engkau takdirkan, bahawasanya tiadalah terhina orang yang Engkau pimpin.

Ya Allah, kami memohon dengan namaMu Allah , Ar-Rahman , Ar-Rahim dan kami memohon dengan nama-namaMu "Al-Asma' Al-Husna" semuanya yang kami ketahui dan kami tidak ketahui, ampunilah dan rahmatilah kami dan mereka-mereka yang terkorban mempertahan negara dan agama kami. Semoga mereka semua dalam keadaan " Mati Syahid " dan roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.... Amin Ya Rabbal A'lamin

Rabu, 29 Ogos 2012

Assalammualaikum ....Sekadar renungan bersama kerana kita mudah lupa 

LUMRAH KEHIDUPAN MANUSIA YG BERGELAR IBUBAPA, ANAK LELAKI & ISTERI.....AMALAN BERLANDASKAN HUKUM ISLAM.

1) Nasihat org tua kepada anak lelakinya....
Setinggi mana pun kamu capai, sejauh mana pun kamu pergi, Semewah mana pun kamu dapat, sekuat mana pun alimnya & teguh iman kamu kepada agama islam setelah berumahtangga, ingat lah jgn lupa TANGGUNGJAWAB pada org tua....ingat lah anakku sayang....TANGGUNGJAWAB pd org tua bukan sekadar pemberian zahir ( Harta Dunia ) yg kamu nampak & taburkan tetapi juga batin ( Hati & Perasaan ). Sedetik hati org tua BERKECIL HATI terutama pada ibumu, wlupun sekecil zarah maka akan terimalah kamu SEBESAR AZAB & BALASAN yg kamu akan tanggungi...Dapat kah kamu mencari apa yg tersurat & tersirat dihati kecil org tuamu nak?.....yang tersurat mungkin kamu boleh cari tetapi yg tersirat dapatkah kamu mencarinya nak? Susah senang kamu tetap anak ayah dan ibu....Tiada ibu bapa yg tidak mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan anak tetapi apa kata ALLAH ( " Kamu telah derhaka pada orgtuamu, maka terimalah balasan dari aku") ---Allah tidak zalim tetapi Allah akan memberi kesedaran atas kelekaan & kealpaan kamu pada orgtua kamu melalui panduan yg lain. Ingat lah nak " SYURGA ITU TERLETAK DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU"




2) Nasihat suami kepada isterinya....
Setinggi mana pun sayang capai, sejauh mana pun sayang pergi, Semewah mana pun sayang dapat, sekuat mana pun alimnya & teguh iman sayang kepada agama  islam sehinggalah sayang telah berumahtangga dengan abang, maka terputuslah tanggungjawab ibubapa dengan sayang....Sayang Milik Abang, Sayang dibawah tanggungjawab abg...Fitrah Sayang melalui abang bukan orang tua mu sayang....Hormati & taati lah abang sebagai Ketua Keluarga......Setiap langkahmu mesti dengan IZIN abang....Senang abang senanglah sayang, susah abang susahlah sayang...Janganlah sayang berubah sikap diwaktu senang sayang lupa & alpa diri hingga memuji abang setinggi gunung kerana semua kehendak sayang dituruti....tetapi sayang angkuh & takbur serta meninggikan suara apabila berkata2 depan abang diwaktu abang didalam kesusahan walaupun terpaksa ikat perut demi sesuap nasi demi anak2 tercinta...Sayang, SUSAH SENANG sama2 lah kita melayari bahtera cinta kita sebagai TANDA KASIH SAYANG hingga keakhir hayat..."RUMAHKU SYURGAKU" SAYANG.... Seandainya sayang keluar walaupun ke rumah org tuamu tanpa izin abang & membelakangkan abang serta engkar perintah abang dan terdetiklah hati abang lalu berkecil hati walaupun hanya sebesar zarah kesalahan yg sayang lakukan maka sayang akan menanggung azab dan sengsara yg datangnya bukan dr abang sayang tetapi dari Allah...Ingat lah sayang mana ada dlm dunia ini, suami tidak sayangkan isteri & mendoakan kesejahteraan isteri tetapi apa kata Allah ( " Kamu telah derhaka pada suamimu, maka terimalah balasan dari aku ") ....Allah tidak zalim tetapi Allah akan memberi kesedaran atas kelekaan & kealpaan sayang sebagai seorg isteri solehah.... Sebagai seorg isteri seandainya abang ada melakukan kesilapan & kesalahan abang mohon dengan sayang untuk menegur & perbaiki diri abang agar lurus kembali ke jalan yg benar, abang pun insan biasa tidak lari dr kesilapan...Satu pesanan dari abang " SYURGA ITU TERLETAK DI TELAPAK KAKI SUAMI " & ingatlah sampai ke akhir hayat.....

Selasa, 24 April 2012

Life Is

Life is a challenge - Meet it
Life is a gift - Accept it
Life is an advanture - Dare it
Life is a sorrow - Overcome it
Life is a tragedy - Face it
Life is a duty - Perform it
Life is a game - Play it
Life is a mystery - Unfold it
Life is a song - Sing it
Life is an opportunity - Take it
Life is a journey - Complete it
Life is a promise - Fulfill it
Life is a beauty - Praise it
Life is a struggle - Fight it
Life is a goal - Achieve it
Life is a puzzle - Solve it
Life is a eternal - Believe it

Jumaat, 20 April 2012

Syurga Ciptaan Allah

سم الله الرحمن الرحيم


 الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"Sebenarnya kita sudah tiada masa untuk menunding jari mencari kesalahan org itu dan org ni...kerana kita semua sama sahaja, apa yg perlu kita buat sekarang adalah betulkan diri kita dengan Allah swt Yang sebenar- benarnya, supaya hidup kita terasa aman, tenteram, bahagia dgn dunia syurga yg Allah ciptakan untuk kita ini, sebelum kita mendapat syurga diakhirat kelak, 30 juzu Al-quran ,15 juzu hal syurga dunia yang bahagia dan 15 juzu syurga akhirat yg kekal abadi 15 + 15 = 30 juzu.
"Amin.Tq Allah swt .

Khamis, 19 April 2012

Jaga Hati

سم الله الرحمن الرحيم


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

'Jagalah hati kita kerana ianya adalah raja bagi sekalian anggota zahir badan kita , jaga hati dari fitnah, sangkaan tidak baik sesama manusia, umpat, takbur, riyak, wujud bangga diri, sombong, dengki, kianat, gila dunia, pangkat, kuasa, ego, cemburu buta, bila jahat hati kita, jahat lah kelakuan kita dan tutur kata lidah kita sesama manusia lainnya.

Maka Perbanyakan lah zikir dan istigfar pada Allah swt supaya hati kita sentiasa bersih, suci dari perkara2 yang tersebut. Hasil keuntungannya bila hati sudah bersih & suci, maka hati itu akan bercahaya, penyuluh kehidupan kita ini dgn terang dan jelas diantara yg samar2 dan Nyata. Maka beruntunglah mereka2 yang bersih dan suci hatinya itu ."Amin Ya Allah .